• Main
  • News

Hari Ini Adalah Hari Arafah Adalah Salah Satu

Hari Ini Adalah Hari Arafah Adalah Salah Satu

Hari ini adalah Hari Arafah adalah salah satu hari yang paling mulia dalam kalendar Islam, jatuh pada 9 Zulhijjah, sehari sebelum Hari Raya Aidiladha. Hari di mana para jemaah haji berkumpul di Padang Arafah untuk melaksanakan rukun haji yang dikenali sebagai wukuf di Arafah.

Hari ini juga Hari Bapa, Atfal Jannah mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua para bapa di Malaysia dan seluruh dunia. Terima kasih kerana menjadi Bapa yang baik dan bertanggung jawab kepada anak-anak anda. Sebagai anak kita wajib berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita.

Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah oleh itu mari kita memperbanyakkan doa memohon keampunan, keberkatan, dan kebaikan dunia dan akhirat buat ibu bapa kita.

"Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil"

Terima Kasih Ayah

#haribapa
#hariarafah
#autism
#pendidikankhas
#earlyinterventionprogram


About Us